Kadet Remaja Sekolah Terengganu

Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) adalah sebuah badan beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keanggotaannya adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan. Keanggotaan juga dibuka kepada sekolah-sekolah swasta dengan syarat-syarat tertentu, sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan Pasukan Kadet Remaja Sekolah.

Kurikulum latihannya digubal dengan begitu murni, malah dianggap sangat ideal pada masa ini kerana ianya adalah mengikut acuan para pendidik (guru) yang memahami secara langsung kehendak dan keperluan para murid masa kini. Sekiranya pelaksanaan kurikulumnya dijalankan dengan betul, tentunya akan terhasil para pelajar yang mampu menghadapi pelbagai cabaran masa kini, khususnya dari segi sosial, jatidiri dan kerohanian.

Dalam page ini saya akan cuba memuatkan pelbagai bahan yang diperlukan oleh guru dan pelajar terutamanya untuk bergiat aktif dalam KRS serta menimba manfaat darinya. InsyaAllah.

Ilmu, Iman, Amal.

(Mejar KRS Ali Mohamad) 
Pegawai Tadbir,
Kadet Remaja Sekolah, 
Terengganu Darul Iman