Sabtu, 26 Mac 2011

Perkhemahan & Ujian Kenaikan Pangkat TKRS Terengganu 2011

Alhamdulillah program tersebut berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Perasmian penutup berlangsung jam 9.30 pagi tadi, dengan VVIP kali ini ialah En. Shafrudin bin Haji Ali Hussin Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu selaku Pegawai KRS Daerah Hulu Terengganu. Majlis juga turut dihadiri oleh semua Penyelia Kokurikulum Daerah (Pengelola KRS Daerah) dan para Guru Besar (Komandan TKRS) Daerah Hulu Terengganu.

Program ini berjaya menghasilkan seramai 57 orang Sarjan TKRS dan 166 Koperal TKRS. Seramai 36 orang peserta telah dipilih menyertai Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan 2011 yang bakal belangsung di Juaseh, Negeri Sembilan pada 25 April nanti. Syabas dan SELAMAT BERJAYA diucapkan.

Khamis, 24 Mac 2011

Aktiviti KRS Terengganu 2011

Berbagai aktiviti telah dirancang oleh Sekretariat dan JPNT bagi tahun ini. Bagaimanapun kekangan terbesar kami dalam menjalankan aktiviti ialah kewangan. Ini adalah kerana peruntukan yang terhad daripada KPM. Begitupun kami bersyukur, kerana sebagai permulaan 2 aktiviti pelajar sedang dan bakal dilaksanakan, iaitu:-

1. Perkhemahan dan Ujian Kenaikan Pangkat TKRS Terengganu 2011
  • Tarikh    : 23 hingga 26 Mac 2011
  • Tempat  : Pusat Kokurikulum Daerah Setiu, Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu.
  • Jumlah Peserta  : 240 orang (30 orang daripada setiap daerah)

2. Perkhemahan dan Ujian Kenaikan Pangkat KRS Terengganu 2011
  • Tarikh    : 30 Mac  hingga 2 April 2011
  • Tempat  : Pusat Kokurikulum Daerah Setiu, Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu.
  • Jumlah Peserta  : 240 orang (30 orang daripada setiap daerah)

Ahad, 20 Mac 2011

Kadet Remaja Sekolah Terengganu

Apakah itu KRS atau kepanjangannya Kadet Remaja Sekolah (Sekolah Menengah) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (Sekolah Rendah)?. Dalam halaman berkenaan saya cuba mengutarakan perkara-perkara penting/pokok berkenaan pasukan ini. Semoga ianya memberi faedah kepada kita.

SELAMAT MEMBACA!!

Jumaat, 18 Mac 2011

Salam Perkenalan !!

Selamat Datang ke laman blog syarikat kami RAZ SHOPPE UNIFORM & GIFT

Kami akan memuatkan blog ini dengan info semasa alam persekolahan di Terengganu juga ruangan berita dan maklumat Pasukan Kadet Remaja Sekolah Terengganu.

Kami juga akan menyajikan lagu, video, e book, panduan serta software berfaedah juga produk RAZ SHOPPE Uniform & Gift. Selamat berBlog bersama kami.

Mejar (KRS) Ali Mohamad